Pages

Sunday 26 October 2014

DALAM GEMBIRA MESTI ADA SEDIH

Kalau mendung mesti orang kata hari nak hujan.
Kalau kita gembira sangat mesti ada duka....

Apa yang terjadi hari ini kadang buat aku terfikir apa yang aku buat. Salah kah kalau aku cuba untuk memberitahu bahawa aku memerlukan sesuatu yang pada zahirnya bukan wang harta atau kebendaan.

Langkah kaki mana yang telah tersilap dalam membuat percaturan dalam kehidupan ini. Nak ku undur tak tahu kanan kah kiri kah yang silap langkah. Nak maju kehadapan atau setapak berundur, mahu arah mana aku buntu. Tersilap buat percaturan mahu kucar kacir hidup ini.

Orang kata hari yang panas jangan disangka sampai ke petang. Aku cuba nak tahan amarah ku dari meletus. Aku perhatikan gerak langkahnya. Aku cukup marah bila benda yang terjadi bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali. Kadang aku rasa macam tak diperlukan, macam aku yang mendesak. Aku minta sikit je x banyak....kalau nak di hitung masa aku mintak 4 jam je.

Sedih sangat bila aku luahkan aku pulak dipersalahkan. Semua salah tu macam aku yang minta dia buat. Allah je tahu aku sedih sangat.

Hari nie memang mendung perasaan aku pon tak stabil.

Tuesday 5 February 2013

cInTa....

Semua org punya kisah cinta...
Seperti permainan juga perjudian....bertaruh tentang perasaan kesetiaan keintiman... sejauh mana dpt bertahan...semua nye terletak pd hati...namun harus dipandu guna akal fikiran...kewarasan dlm membuat pertimbangan....harus bijak memainkan peranan...CINTA...

Aku pernah bercinta dr hari pertama aku nampak dia aku terus kata, "errmmmm...mesti nk tau siapa dia..." aku follow kisah hidup dia dlm diam. Masa tu umur aku 12 thn...nampak dekat pagar sekolah rendah sambil naik basikal pusing2...org nye not bad...nice looking cute jugaklah...muka kacukan...

Bermula dgn peralihan masa dr kanak-kanak ke alam remaja...masuk sekolah menengah..masa tu tingkan satu...so 1st day tu tekejut sbb dpt sekelas dgn bdk tu...so happy gak lah... tp...aku x cun so xdak sapa nampak aku...hahhaha standard lah muka kampung.... Tapi sepanjang sekolah tu aku x berjaya pun pikat dia... hahahha...dipendekkan cerita x berjaya pun...so be a secret admire je lah...

Masuk tingkatan 4 aku dgn dia berpisah sekolah sbb dia masuk sekolah Teknik aku masih ddk kat kampung lah...sbb x pandai kan...so apa yg aku bt setiap kali dia balik kampung...ialah aku usha dia...tp x dak sapa tau pun...so bila time dia nak balik asrama aku akan bg dia gula-gula bt bekal dlm bas dgn nota sikit lah... so dia x tau sampai lah habis tingkatan 5. 

Orang kata kalau hati ni asik seru nama dia, mesti dia pun akan tergerak hati nak cari kita kan... Jadinya... sepanjang cuti lepas SPM tu tetiba ada org call aku...nak berkenalan katanyer...perghhh...jiwa kacau masa tu...tp layan je lah sbb x tau siapa kan... 

Akhirnya dia mengaku...siap ajak dating...aku punyer la suker sbb hajat tercapai...org yg aku admire selama 5 thn tu rupanye suka aku jgk... hahahha.... so aku mula 1st dating dgn dia...ermmm...mcm best...so mmg best lah tangkap cintan leleh air liur...hahhaha...

Tapi belum ada sesi luahan rasa lg baru kenal jumpa2 jerk...x declare couple pun lagi...

Lastly, result SPM kuar dia dpt masuk U...aku dpt masuk Politeknik jerk... so lps sem 1 final exam tu baru dia purpose aku be her special girl fren... so happy jgk lah...sbb dh ada BF...hahah..kelakar sebab aku pun x reti bercinta....

Tahun berlalu aku bercinta dgn dia...aku rs x happy sebenarnye dgn dia...cuma aku cuba utk pertahankan cinta tu konon nak sehidup semati...

Dari kisah suka tentang bercinta....semakin parah bila makin x seronak bercinta.... hidup aku x bebas, aku dikongkong hakikatnya...tp aku cuba buang jauh2 dr fikiran aku yg aku ni x dikongkong...kononyer... sepanjang 8 thn  aku berpacaran dgn dia....semakin hari semakin derita...semakin hilang rs gembira... yg menariknya....hanya krn mulut org lain aku telah diputuskan...

Mcm mana aku boleh diputuskan tu, berpunca dari mulut org dan dkt situ pun dh nampak dia sebenarnya x sehati sejiwa dgn aku sbb lebih percayakan manusia yg mmg hobi nya menabur fitnah dr kekasih sendiri... Hanya krn aku berbaju kebaya pd mlm dinner office aku dia putuskan aku... alasan yg sgt bodoh!!!!!!!!!

Tapi aku bersyukur krn aku putus dgn dia ketika aku sedang bercinta tp bukan dlm ikatan yg lebih jauh... dan kerana aku sabar aku telah berjumpa dgn jodoh aku... 

Aku yakin dia dtg hanya kerana untuk beri aku sebuah cinta yg sejati krn dia juga aku menjadi insan yg matang insan yg lebih positive... 

Allah s.w.t telah memberi aku petunjuk bahawa cinta yg sejati sesuci mutiara yg yersorok rapat di dalam cengkerang mutiara itu...hanya mereka yg benar-benar bertuah akan memiliki mutiara itu....

Kisah cinta mutiara nie sambung nati lah..sebab dia istimewa....

Wednesday 26 December 2012

Ketenangan....yang kutemui....

Assalamualaikum...
 
Pagi yang sangat tenang, both Mirza sleep dan aku cuba untuk luangkan masa selagi mampu ketika tidurnya mereka saat ini.

Setenang waktu ini hanya aku rasakan pada 10 tahun yang lalu....ermmm...tak sedar masa cepat berlalu...saat ini aku terfikir betapa bodohnya aku membuang masa pada perkara yg sia-sia & remeh temeh....

Dalam tidak sedar sudah 2 anak lelaki kumiliki, dalam masa yang sama aku melangkah mengejar matlamat hidupku, aku berlari sepantas mungkin untuk bersaing sama laju, sama tinggi, sama cekap...dengan teman-teman yg aku rasa tahap kerjaya mereka sedang stabil & berjaya... Aku..masih bertatih seperti Latiff Mirza yang baru mula untuk melangkah..namun dari jauh ku nampak puncak kejayaan.... Aku cuba gigih menempuh kehidupan kini seiring dengan perkembangan tumbesaran anakku Malik Mirza...yg baru cuba untuk mengenal dunia...mengenal hati budi manusia..seperti kain putih yang masih bersih. Aku corakkan kehidupan baru aku sekarang bersama insan yang dianugerahkan untuk kukuh menahanku... Alhamdulillah ku bertemu jodoh dgn jejaka yang sangat istimewa dalam hidup ku... Mampu memberikan aku apa saja... tapi aku tidak akan sia-siakan kepercayaan dia kerana dia aku semakin berani dan gagah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang wanita,isteri dan ibu...

Bercerita tentang asal usul ku pada 30 tahun yang lampau...aku cuba mengubah hidupku untuk menjadi yang lebih positif berdaya maju kehadapan dan bertukar kepada 360 darjah putaran kehidupan. Aku seorang yang sangat lemah dari segi kesihatan, terpaksa bergantung pada pada ubat jika perlu aku akan mengambil gas untuk memulihkan penyakit asthma ku. Aku mula menghidap asthma sejak umurku seawal 3 tahun. Dari situ segala aktivitiku di sekolah sangat terbatas. Oleh kerana selalu diserang asthma pembelajaranku terganggu. Mudah saja untuk aku katakan bahawa aku tidak bijak disekolah, hanya sekadar pelajar biasa yg tidak berkilau bercahaya...suam-suam kuku saja....

Aku meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat sekolah menengah. Sejak itu aku mula kenal erti malas.... Aku tidak bersungguh dalam melakukan apa sahaja dalam mencapai impioan ku pada ketika itu. aku tidak terdedah tentang erti cita-cita. Aku hanya ke sekolah kerana itu satu kewajipan. Tapi aku tetap belajar seperti biasa, Alhamdulillah keputusan PMR aku tidak lah teruk sangat. Aku telah di terima untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator...ermmm..ingat sampai tua sebab aku tidak dibenarkan belajar ke sana...aku pasrah dengan keputusan bapaku. 

Aku teruskan kehidupan sebagai pelajar yang periang dan aktif. Dalam tempoh menyelesaikan SPM di sekolah ku itu, aku berjaya lulus semua subjek tp tidak hebat mana pun. Aku melanjutkan pelajaranku ke Politeknik Shah Alam, yer aku hampir nampak minat ku ketika belajar di sana. aku hanya lulus biasa di peringkat Sijil Pengajian Perniagaan...tidak hebat manapun. 

Lalu aku mula menjalani kehidupan ku yang semakin mencabar. aku bekerja dari umur ku seawal 20 thn. Pelbagai kerja yang telah aku lakukan,menjadi kerani setakat itu yang ku mampu. Sambil aku bekerja aku sambung pengajian Diploma ku secara Pengajian jarak jauh di Open Universiti, di situ aku sudah mula kenal erti penyesalan. Kedengaran seperti membuang masa, tapi itulah kemampuanku untuk mengubah hidupku dari kesilapan yang lampau. Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung Diploma Pengurusan Perniagaan. Untuk sambung ke peringkat lebih tinggi masih tidak pasti kerana aku masih belum temui kekuatan untuk fokus 100% dalam pembelajaran memandangkan aku sedang sibuk untuk menguruskan sesuatu yang aku telah berjaya capai dalam impian hidupku. ermmm..kepuasan itu aku dapat dalam ketenangan kini....nanti ku ceritakan...

Siapa aku dulu & kini adalah sebuah kisah kehidupan yang sangat penuh dengan cerita suka duka...namun aku tetap mampu untuk berjaya dalam sekelip mata....