Pages

Wednesday, 26 December 2012

Ketenangan....yang kutemui....

Assalamualaikum...
 
Pagi yang sangat tenang, both Mirza sleep dan aku cuba untuk luangkan masa selagi mampu ketika tidurnya mereka saat ini.

Setenang waktu ini hanya aku rasakan pada 10 tahun yang lalu....ermmm...tak sedar masa cepat berlalu...saat ini aku terfikir betapa bodohnya aku membuang masa pada perkara yg sia-sia & remeh temeh....

Dalam tidak sedar sudah 2 anak lelaki kumiliki, dalam masa yang sama aku melangkah mengejar matlamat hidupku, aku berlari sepantas mungkin untuk bersaing sama laju, sama tinggi, sama cekap...dengan teman-teman yg aku rasa tahap kerjaya mereka sedang stabil & berjaya... Aku..masih bertatih seperti Latiff Mirza yang baru mula untuk melangkah..namun dari jauh ku nampak puncak kejayaan.... Aku cuba gigih menempuh kehidupan kini seiring dengan perkembangan tumbesaran anakku Malik Mirza...yg baru cuba untuk mengenal dunia...mengenal hati budi manusia..seperti kain putih yang masih bersih. Aku corakkan kehidupan baru aku sekarang bersama insan yang dianugerahkan untuk kukuh menahanku... Alhamdulillah ku bertemu jodoh dgn jejaka yang sangat istimewa dalam hidup ku... Mampu memberikan aku apa saja... tapi aku tidak akan sia-siakan kepercayaan dia kerana dia aku semakin berani dan gagah dalam menempuh kehidupan sebagai seorang wanita,isteri dan ibu...

Bercerita tentang asal usul ku pada 30 tahun yang lampau...aku cuba mengubah hidupku untuk menjadi yang lebih positif berdaya maju kehadapan dan bertukar kepada 360 darjah putaran kehidupan. Aku seorang yang sangat lemah dari segi kesihatan, terpaksa bergantung pada pada ubat jika perlu aku akan mengambil gas untuk memulihkan penyakit asthma ku. Aku mula menghidap asthma sejak umurku seawal 3 tahun. Dari situ segala aktivitiku di sekolah sangat terbatas. Oleh kerana selalu diserang asthma pembelajaranku terganggu. Mudah saja untuk aku katakan bahawa aku tidak bijak disekolah, hanya sekadar pelajar biasa yg tidak berkilau bercahaya...suam-suam kuku saja....

Aku meneruskan pembelajaran sehingga ke peringkat sekolah menengah. Sejak itu aku mula kenal erti malas.... Aku tidak bersungguh dalam melakukan apa sahaja dalam mencapai impioan ku pada ketika itu. aku tidak terdedah tentang erti cita-cita. Aku hanya ke sekolah kerana itu satu kewajipan. Tapi aku tetap belajar seperti biasa, Alhamdulillah keputusan PMR aku tidak lah teruk sangat. Aku telah di terima untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik Leboh Cator...ermmm..ingat sampai tua sebab aku tidak dibenarkan belajar ke sana...aku pasrah dengan keputusan bapaku. 

Aku teruskan kehidupan sebagai pelajar yang periang dan aktif. Dalam tempoh menyelesaikan SPM di sekolah ku itu, aku berjaya lulus semua subjek tp tidak hebat mana pun. Aku melanjutkan pelajaranku ke Politeknik Shah Alam, yer aku hampir nampak minat ku ketika belajar di sana. aku hanya lulus biasa di peringkat Sijil Pengajian Perniagaan...tidak hebat manapun. 

Lalu aku mula menjalani kehidupan ku yang semakin mencabar. aku bekerja dari umur ku seawal 20 thn. Pelbagai kerja yang telah aku lakukan,menjadi kerani setakat itu yang ku mampu. Sambil aku bekerja aku sambung pengajian Diploma ku secara Pengajian jarak jauh di Open Universiti, di situ aku sudah mula kenal erti penyesalan. Kedengaran seperti membuang masa, tapi itulah kemampuanku untuk mengubah hidupku dari kesilapan yang lampau. Akhirnya aku berjaya menggenggam segulung Diploma Pengurusan Perniagaan. Untuk sambung ke peringkat lebih tinggi masih tidak pasti kerana aku masih belum temui kekuatan untuk fokus 100% dalam pembelajaran memandangkan aku sedang sibuk untuk menguruskan sesuatu yang aku telah berjaya capai dalam impian hidupku. ermmm..kepuasan itu aku dapat dalam ketenangan kini....nanti ku ceritakan...

Siapa aku dulu & kini adalah sebuah kisah kehidupan yang sangat penuh dengan cerita suka duka...namun aku tetap mampu untuk berjaya dalam sekelip mata....