Pages

Sunday, 26 October 2014

DALAM GEMBIRA MESTI ADA SEDIH

Kalau mendung mesti orang kata hari nak hujan.
Kalau kita gembira sangat mesti ada duka....

Apa yang terjadi hari ini kadang buat aku terfikir apa yang aku buat. Salah kah kalau aku cuba untuk memberitahu bahawa aku memerlukan sesuatu yang pada zahirnya bukan wang harta atau kebendaan.

Langkah kaki mana yang telah tersilap dalam membuat percaturan dalam kehidupan ini. Nak ku undur tak tahu kanan kah kiri kah yang silap langkah. Nak maju kehadapan atau setapak berundur, mahu arah mana aku buntu. Tersilap buat percaturan mahu kucar kacir hidup ini.

Orang kata hari yang panas jangan disangka sampai ke petang. Aku cuba nak tahan amarah ku dari meletus. Aku perhatikan gerak langkahnya. Aku cukup marah bila benda yang terjadi bukan sekali bukan dua kali tapi dah banyak kali. Kadang aku rasa macam tak diperlukan, macam aku yang mendesak. Aku minta sikit je x banyak....kalau nak di hitung masa aku mintak 4 jam je.

Sedih sangat bila aku luahkan aku pulak dipersalahkan. Semua salah tu macam aku yang minta dia buat. Allah je tahu aku sedih sangat.

Hari nie memang mendung perasaan aku pon tak stabil.